Rabu, Mei 27

Twitter Merdeka 2009 : Martabatkan bahasa Melayu dimata dunia

Aku dah lama berkunjung ke salah sebuah weblog berbahasa Melayu, boleh dikatakan agak popular, sebab pernah memasuki senarai weblog sering dikunjungi di Malaysia. Tahun lepas rasanya. Saudara Mohd Ismail. Begini idea beliau.
Idea aku begini, pada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun ini, kita semua pengguna Twitter di’Malaysia laungkan Merdeka! dengan matlamat menjadikan perkataan ‘merdeka’ menjadi topik terhangat sekurang-kurangnya 24 jam.

Maka, sepanjang hari pada 31 Ogos 2009, pengguna Twitter di’seluruh dunia akan dapat melihat satu perkataan Melayu yang sangat bermakna menjadi bualan hangat.

Kepada sesiapa yang kurang pasti atau masih tidak mengetahui apa itu Twitter, Twitter adalah salah satu applikasi web untuk mengemaskini status semasa kau. Takkan kau nak letak di blog yang kau sedang menonton Ampang Medikal macam aku. Sangat sedikit kalau nak dikemaskini di blog, kan?

Jadi, kau boleh kemaskini di Twitter. Ini adalah mikroblogging, kalau kau tak tahu lah. Kau boleh salin dan tampal kod html pada blog kau. Dan wujudlah ruang seperti "Beburung Terbang" aku sebelah kanan kau sekarang.

Oh ya, bila kau buat akaun Twitter, jangan lupa untuk ikut Twitter aku ya.

6 komentar:

ku tak sempurna berkata...

twiit twiit.. twiit twiit..

boleh menambah keglemeran blog eh??
isshh segan la..


hahahaha...

slmt bertwitter

gurlzz didie berkata...

twitter~

^_^

Bunga Binti Nordin berkata...

good idea ;)

kucingmengiau berkata...

oh,yee,rase nak buat twitter jugaklah:DD

Princess Liyana berkata...

hehe..nasib dah ada twitter dia ;p

sejuk berkata...

terima kasih kerana menggunakan badge saya.. :)

Catat Ulasan

"...aku gembira jika ada patah-patah perkataan yang kau tinggalkan..." muhdzahari