Rabu, Mei 27

Twitter Merdeka 2009 : Martabatkan bahasa Melayu dimata dunia

Aku dah lama berkunjung ke salah sebuah weblog berbahasa Melayu, boleh dikatakan agak popular, sebab pernah memasuki senarai weblog sering dikunjungi di Malaysia. Tahun lepas rasanya. Saudara Mohd Ismail. Begini idea beliau.
Idea aku begini, pada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun ini, kita semua pengguna Twitter di’Malaysia laungkan Merdeka! dengan matlamat menjadikan perkataan ‘merdeka’ menjadi topik terhangat sekurang-kurangnya 24 jam.

Maka, sepanjang hari pada 31 Ogos 2009, pengguna Twitter di’seluruh dunia akan dapat melihat satu perkataan Melayu yang sangat bermakna menjadi bualan hangat.

Kepada sesiapa yang kurang pasti atau masih tidak mengetahui apa itu Twitter, Twitter adalah salah satu applikasi web untuk mengemaskini status semasa kau. Takkan kau nak letak di blog yang kau sedang menonton Ampang Medikal macam aku. Sangat sedikit kalau nak dikemaskini di blog, kan?

Jadi, kau boleh kemaskini di Twitter. Ini adalah mikroblogging, kalau kau tak tahu lah. Kau boleh salin dan tampal kod html pada blog kau. Dan wujudlah ruang seperti "Beburung Terbang" aku sebelah kanan kau sekarang.

Oh ya, bila kau buat akaun Twitter, jangan lupa untuk ikut Twitter aku ya.

Rabu, Mei 20

Beberapa minit bersama iPhone 3G

Hari ini aku diberi peluang bersama gadis comel lagi. Masing-masing tiada idea untuk ke mana. Dan aku putuskan untuk ke sebuah mall di sini. Sejak cuti, memang inilah kali pertama.

Sejak cuti, aku dua-tiga kali jugak ke bank. Dalam perjalanan ke bank, aku akan melalui Pusat Maxis. Dan aku, seperti biasa, akan berlagak seperti pencuri dari luar, untuk curi-curi tengok gadget idaman aku buat masa ini - iPhone 3G.

Aku hampir terlupa, di mall itu juga ada anak Pusat Maxis. Gadis comel ingatkan aku untuk selesaikan masalah pendaftaran Youth Club nya. Dan staff itu mengatakan, buat masa sekarang, pertukaran nombor kepada Youth Club adalah tidak boleh.

Dalam masa yang sama, mata aku liar ke arah gadget agung - iPhone 3G. Dan seperti yang aku harapkan, display set adalah berfungsi, dan kelihatan seseorang sedang bermain-main dengan gadget agung (bagi aku) itu. Staff rupanya.

Beliau kenalkan kami dengan iPhone 3G (tiga kali aku ulang). Ilmu-ilmu mengenai kebolehan iPhone hilang dalam minda aku oleh sebab terlalu teruja kepada gadget yang berharga hampir tiga ribu itu. Mujurlah gadis comel, yang juga nampak berminat, mula berbicara.

Kami diperkenalkan dengan fungsi SMS dengan pad kekunci QWERTY.

Aku mencuba menangkap gambar menggunakan kamera 2 megapiksel. Gambarnya seolah-olah lebih baik dari kamerafon 2 megapiksel aku sekarang.

Aku mula teringat akan fungsi multi-sentuh yang ada pada gadget ini apabila staff itu menunjukkan kelainan cara untuk zoom gambar pada skrin sesentuh yang lancar. Lebih lancar dari skrin sesentuh telefon genggam LG milik seorang kenalan. Kau hanya perlu sentuh dua penjuru gambar, dan tarik sesuka hati kau. Samada kau nak kecikkan atau besarkan gambar tu.

Aku akan tunggu apa lagi idea Steve Jobs pada masa hadapan yang aku berpeluang untuk miliki. iPhone dan Macbook Air memang dah takde peluang. Haih~

Jumaat, Mei 8

Ayah seorang doktor gigi, mungkin

Tengahari tadi. Aku lewat sikit ke solat Jumaat. Lima minit ke pukul satu, baru aku turun. Di depan sekolah pelajar terbaik Malaysia 2009, kereta hon kepada aku. Iswara aeroback. Model lama, bukan model kereta kebal. Seorang pakcik.

Pakcik tu, memang aku kenal sangat. Tiga kali aku naik dengan dia. Tapi entah. Kekadang aku..entah. Mula-mula, pertama kali aku naik. Kali pertama dia belum guna iswara.

Dah kerja atau masih belajar? Pakcik tu.

Belajar. Kat Johor. Ambil mekanikal. Aku.

Anak pakcik ambil autodentik, kat UKM. Tau apa tu autodentik?

Rasanya taktau.

Takkan tu pun taktau. Autodentik tu pasal pergigian lah!

Nak je aku tanya. Pakcik tau apa tu mekatronik? Kat UTM takde kursus perubatan. Maaflah, saya ni taktau bahasa pelik-pelik perubatan ni. Ni baru kali pertama. Tak masuk kali kedua atau ketiga aku ditumpang pakcik tu.

Jumaat, Mei 1

Tujuh = 7

Ni salah satu post tangkap-muat. Tengok sajalah pukul berapa aku post kan. Aku tak tidur malam tadi. Excited mahu ke kampung, mungkin.

Banyak benda yang berkait dengan nombor ini. Pengamal astronumerologi, yang aku pelajari sikit-sikit dari gadis comel, memberi maksud mempunyai ramai kawan atau penyokong. Okay, aku senarai kan apa yang aku fikir berkait dengan nombor ini.

1. Petala langit dan bumi. Selalu aku dengar, tujuh petala langit dan bumi. Aku tak tau samada petala langit-bumi ini sama seperti orbital struktur atomik. Sebab setahu aku, itu pun orang panggil petala, bukan? Err..aku fail sikit bab-bab pengkelasan sp1sp2 bla bla bla ni. Maklumlah, bukan orang kimia

2. Ada tujuh benua dan lautan. Siapa yang janjikan benda ni? Aku rasa, benua terbentuk dari plat-plat kerak bumi. Benua asia, eropah, afrika, amerika utara dan selatan, antartika dan australasia. Lautan pasifik, atlantik, hindi. Err..apa lagi ya? Geografi aku sudah tinggalkan 5 tahun sudah, maaf.

3. Orang-orang tua kata, muka kau akan seiras dengan tujuh orang di dunia. Aku berdepan dengan peristiwa ni dua kali. Pertama, di maktab. Ada seorang cikgu fizik, kata kawan aku, beliau seiras dengan aku. Aku rasa tak. Dua tahun beliau ajar aku. Kedua di fakulti jentera sendiri. Pensyarah pengaturcaraan. Kawan-kawan aku kata, sebijik. Dengan spek, janggut, dan rambut.

4. Err..ada apa-apa yang kau ingin tambah? Rasanya dulu aku ingat banyak, tapi sekarang baru nak post kan. Nanti lah, kalau aku ingat. Ya.