Selasa, September 8

Fresh Graduate

Kahar pening memikirkan kerjaya masa depannya. Lantas dia petik suis Macbook nya. Buka. Kemudian dengan koneksi jalurlebar Celcom, dia lantas double-click Safari dan melayari lautan internet. Ahh..sh*t, koneksi terputus. Beberapa kali pula tu. Celcom betul-betul membuat hati Kahar luka.

Setelah beberapa kali mencuba, dia mendapat idea untuk buka halaman YouTube, supaya internet sentiasa atas talian kerana operasi menimbal video pada YouTube. Lancar internet selepas itu.

Jobstreet Malaysia. Daftar masuk. Semua senarai permintaan untuk permohonan pekerjaannya ditolak, kecuali satu. Satu itu dari syarikat Sky Kingdom. Musykil, adakah kerja ini sesuai dengan ijazah nya? Dia klik.

"Kahar. Saya sudah meneliti resume anda. Dan dengan kelulusan anda serta kemahiran anda di luar bidang pengajian anda, saya menerima permohonan anda. Sila datang temuduga bagi jawatan Rasul Melayu pada 9 September. Sila bawa bersama salinan asal Ijazah Sarjana Muda Kerasulan (Melayu) anda untuk pengesahan." - Ayah Pin, CEO Sky Kingdom.

Pada temuduga itu, Kahar, secara on the spot diberi tugas untuk memimpin umat Melayu, dan mukjizat yang diberikan adalah menulis blog.

Err..beberapa hari sekali, Ayah Pin akan menghantar pesanan ringkas kepada Kahar. Berupa wahyu-wahyu terbaru.

Siot. Bukan?

Rabu, September 2

Gerabak-gerabak di institusi selatan

Gerabak, panjang, persis keretapi. Tapi kali ini gerabak manusia. Panjang. Tempat kejadian di pantai timur institusi selatan. Kafe paling berkapasiti besar di institusi selatan, dari segi ruang makan, aku kira.

Dua kedai. Penuh manusia. Aku usha-usha kedua-dua kedai dan terpaku pada ikan patin goreng. Set, beli di kedai ini. 15 minit beberapa saat kemudian, aku ke kedai minuman.

Beratur, memanjang kiri-kanan. Kakak di hadapan aku mula beredar. Tiba-tiba ada mamat, kool, mencelah dan masuk ke depan aku. Siot, dalam hati. Mungkin hanya yang cepat-cepat dia pilih, pujuk hati aku.

Bang, carrot susu dengan apple chino ya? Mamat itu bersuara. Siot! Minta pelik-pelik konfem lama. Bertambah-tambah mencarut hati aku. Lama pula masa aku di situ, walaupun aku hanya mahukan soya cincau bungkus dan ikat. Tapi muka aku masih kool, kontrol kacak, barangkali.

Sila pintas aku dan aku akan hantar B2 Stealth ke rumah kau!