Merempat Di Kota Singa #2
Kami masing-masing memikul bagasi. Aku berwarna hitam, dan abang aku berwarna hijau. Bagasi khas untuk Digital Single Lens Reflex (DSLR). Boleh memuatkan dua DSLR dan juga mempunyai ruang untuk komputer riba. Bagasi aku cuma biasa-biasa. Yang aku bawa ke kuliah semata-mata.
Di luar surau, terdapat tivi Liquid Crystal Display (LCD). Closed Circuit Television (CCTV). Merakamkan ruang imam surau berkenaan.
“Kalau aku tahu ada CCTV, aku solat bahagian depan sedikit tadi”, kata abang aku.
“Baru ada alibi, macam siri Crime Scene Investigation (CSI)”, aku tambah. Ha ha..
Kami turun ke aras bawah. Cari bas antarabandar ke seberang tambak.
“Zahari, kita gamble saja lah ke Woodlands nanti.” Aku angguk.
Jumpa bas SBS. Nombor 170. Kami naik. “Woodlands, dua orang.”
Cari tempat dan duduk.
“Kau tahu, tadi aku hampir tersasul nak cakap Greenwood.” Abang aku kata.

wow, bestnya.. jalan2 eh?
hikhik..tbe2 teringat kenangan balik kerja malam2 naik bas.ada akak satu geng cakap dengan pak cik bas "Pak cik,kl",sambil buat muka inesen.Pak cik tu ape lagi,"Pale hotak ko."
Walaupun jawab beliau tak cool langsung,tapi cukup nk buat kiterang senak perut dlm bas tu.
:)
bawa kereta sendiri masuk kota singa mudah nak kemana-mana cuma bayar sahaja
@zuewairy
ada kerja sikit. tak sempat nak jalan. putar kawasan Geylang Road saja. hu hu..
@penjenayah merah jambu
memang bas tu tak lalu KL la ya? he he..
@mamai
belum ada rezeki untuk berkereta. hu hu..
hahaha...nasib baik bukan tiger woods...