Merempat Di Kota Singa #1
Setiba aku di Larkin, abang aku menunggu di aras atas sebuah restoran makanan segera. Bermaskot badut. Aku pesan yang ringkas-ringkas sahaja. Set McAyam dan bubur ayam kecil. Abang aku ingin pesan dua juga.
Selepas menyantap, kami ke surau yang terletak di aras tiga terminal berkenaan. Ikut giliran. Kerana di dalam bagasi masing-masing terdapat barang berharga. Aku dengan komputer riba, dan abang aku dengan set Nikon D80 dengan lensa Tamron, dan Nikon D70s dengan lensa Nikkor 50mm. Aku bakal memegang D70s keesokkan hari nanti.
Usai aku solat, abang aku melakukan solat dengan mengamalkan kelonggaran yang diberikan kepada musafir. Aku sedikit cemburu kerana aku tidak boleh berbuat demikian. Setelah jama' dan qasar, abang aku berjalan perlahan ke arah aku, sambil tangannya memakai jam Casio logam.
“Kau bawa baju tebal tak?”, abang aku. “Tak, kenapa?”, aku jawab.
“Kan kita nak pergi luar negara.” Kami ketawa berjemaah.
*Jenguk-jenguk lah entri aku setahun lalu, Satu campur tujuh = 9. Selamat ulang tahun, Situs!

mesti ramai warga asing kat situ
hahaha...singapore panas weh!
@mamai
taktau nak beza macam mana malaysian dan singaporean.
@avid gunner
malam kat sana dingin weh. dalam hotel pun dingin. he he..