Esok, Jumaat. Hakikatnya, maghrib tadi bermulanya Jumaat. Oleh sebab itu orang kampung panggil malam Jumaat. Penciptaan jam analog juga dikatakan diadaptasikan dari invensi pereka, atau saintis Muslim Arab, mengikut kata guru sejarah tingkatan satu aku. Yang membeza kan jam ini adalah, kedudukan nombor yang tidak sama. Digit 1 adalah pada digit 7. Ini kerana, menurut guru aku, 1 itu merupakan permulaan pagi, yang biasa kau tahu sebagai 7 pagi. Aku berteori, 1 itu jugalah permulaan bagi tarikh Islam yang bermula dengan maghrib.
Aku punya idea untuk kau isi Jumaat (hari ini dan minggu-minggu akan datang barangkali), dengan beberapa perkara yang terlintas di minda aku tadi.
#1 Tambahkan ilmu agama, walaupun sedikit.
Minggu lepas masjid Institusi Selatan menerima jemputan pensyarah pelawat, yang seterusnya dijemput menjadi Khatib dan Imam solat Jumaat. Dan, beliau tidak membaca Basmallah ketika menyaringkan Surah Al Fatihah. Dari sini aku bertanyakan kawan abang aku, ketika di Geylang Rd. Bahawa ada mazhab yang mengambil hadith sahabat, yang mana sahabat itu solat di belakang Rasulullah, dan beliau tidak mendengar Rasulullah membaca Basmallah. Dari situ bertambah juga ilmu aku. Dan aku berpesan kepada kalian, tambahkan ilmu agama. Jangan kau baca kitab-kitab kejuruteraan semata-mata.
#2 Lakukan perkara sunat, yang kebanyakkan daripada kita menganggap remeh.
Termasuk aku. Kadang-kadang, aku sendiri tidak teringat untuk berniat mandi sunat Jumaat. Apatah lagi memotong rambut-rambut dan kuku. Memakai bau-bauan yang harum. Owh ya. Kawan aku selalu melakukan ini. Mengenakan kain pelikat dan baju melayu, tanpa mengenakan kopiah. Aku rasa lebih baik kita utamakan yang sunat, iaitu memakai kopiah. Walaupun kita hanya berseluar khakis dan berkemeja T leher bulat.
#3 Menikmati keindahan bumi Allah.
Terutamanya esok. 15 Januari. Bulan dijangka berada di antara bumi dan matahari. Menyekat cahaya matahari. Namun bukan sepenuhnya. Separa. Gerhana ini dikatakan terjadi dengan maksimum di kawasan utara semenanjung, iaitu di Langkawi. Aku harap ia juga akan kelihatan di selatan kebenuaan Asia.
Sekali lagi, selamat hari Jumaat. :)

satu cadangna yang bernas
yes! rini dh jumaat..nk g solat jemat lak":-)
@mamai
sama-sama lah kita :)
@JMR
esok hujung minggu, yay! he he..