Baru sebentar tadi, aku terima pesanan ringkas. "Salam.hype.zahari ke tu?"
Aku balas. "Wsalam. Bkn."
Aku punya sebab sendiri mengapa aku berbuat demikian. Kau sangat bernasib baik kerana aku balas pesanan berkenaan. Kerana Kelab Belia Hotlink. Aku tidak berkira dengan satu sen bagi setiap balasan pesanan ringkas. Kalau tidak aku memang tidak balas.
Aku tidak marah. Cuma, bagi aku, kalau kau mahu hantar pesanan ringkas kepada Zahari, dan kau sudah ada nombor telefon aku, kenapa perlu bertanya aku ni Zahari atau bukan? Sepatutnya kau yang perkenalkan diri. Kan dah dapat jawapan "bukan" dari aku. He he..
Dan maafkan aku jika tiada simpanan nombor kau. Atau mungkin aku belum pernah simpan nombor kau. Kali pertama kau hantar pesanan, barangkali. Maafkan aku. Jika kau baca entri ini wahai penghantar pesanan ringkas kepada Zahari, sila perkenalkan diri. :)
Owh ya. Mungkin aku akan tuliskan Siri Merempat Di Kota Singa. Beberapa siri. Mungkin. Jangan berharap.

hahaha.
bagosla kalau ade pendirian susah nak reply meset org xdikenali..
(:
nama sy mira..hi2
t nk bls cm2 gak la.
btl gak cm awk kata, org 2 patut perknl diri lu
bila p?sabtu lepas?
kalau tak ada nama tak yah layan hahaha
@cik
kadang-kadang kalau nombor yang tidak dikenali menghantar mesej berbunyi penting, saya balas saja. tanpa bertanya siapa.
@amirah
hi mira!
tu lah yang sepatutnya. kenapa tidak hantar mesej dan letakkan nama di akhir mesej. kan?
@sharamli
sabtu dan ahad.
@mamai
gatal tangan. tambahan caj murah. tu yang balas juga mesej tu. he he..
kalau saya,
"tak,saya mak dia.ni bakal menantu mak cik ke?"
haha.aku memang rajin membalas sms orang tak dikenali.:)
reply la..mana tau awek ke..
@penjenayah merah jambu
"nanti MMS gambar kat makcik, ya. makcik nak kenal" ha ha..
nanti panjang pula mesej tu. ya tak?
@avid gunner
aku setia, owh!
hihih...
saya farhana..awal kenal?
z..aku busan..tulun!