Bila Beliau Bercerita #1
Gadis Comel bercerita. Ada pensyarah lelaki tempat beliau bekerja. Institut pengajian tinggi swasta. Bercerita kepada kakaknya mengenai kegagalan seorang budak untuk membaca, walaupun pada usia sembilan.
Ini disebabkan kita sendiri. Tidak mahu membiarkan anak-anak merangkak. Terus masuk dalam tempat yang belajar berjalan tu (aku pun tak tahu apa nama makhluk tu). Ia seperti melanggar aturan Tuhan. Tuhan sudah aturkan. Mula-mula bayi akan baring, belajar meniarap, merangkak, berdiri dan barulah berjalan. Kata pensyarah itu.
Secara saintifik, perkembangan otak menjadi tidak teratur. Kemungkinan sebahagian otak gagal berfungsi dengan sempurna wujud. Tambahnya lagi.
Dan tiba hari Jumaat. Gadis Comel lihat pensyarah itu lepak di kafe ketika homosapiens berkromosom XY mendengar khutbah dan berjemaah.

walau dia tk dpt bc, tp hatinya dpt baca. alhamdulillah :D
haha..ending yg mengejutkan!
Salam.
Pada pendapat saya, keupayaan setiap individu berbeza.Apa maksud diberi berjalan sebelum merangkak? Adakah murid tidak diberi basis yang sama seperti murid yang lain? Atau diberi kelebihan meninggalkan rutin yang biasa diikut secara kronologi?
Ingin berkongsi mengenai adik sendiri yang mempunyai masalah disleksia, yang lambat menguasai kemahiran membaca,hanya pada usia 12 baru boleh lancar membaca buku teks. Dia boleh, tapi lambat dalam menguasai kemahiran itu, cara biasa guru mengajar murid sekolah tidak sesuai untuknya, namun berkat kesabaran emak dalam memupuk kebolehan itu amat saya kagumi.
Konklusinya: Jangan putus harapan
Maaf Zahari saya mencoret panjang di sini. Mungkin Zahari kisah, sungguh saya harap anda tidak huhu...
-Bekas rakan sekolah-
Pasca/wacana: Suka membaca coretan di blog ini. Lagi satu, sesungguhnya saya tidak pernah merangkak sebelum berjalan, emak cakap saya mengesot dan terus berjalan hehe :P