"Hadirmu bagaikan bidadari. Melengkapkan langkahku yang terhenti."


Always bring a pen

Merempat Di Kota Singa #4

Melintasi sempadan kedua-dua negara, aku lihat jalan berturap yang lebih baik. Tambak Johor yang beberapa kilometer itu kelihatan singkat. Bas terus memasuki titik semakan Woodlands, tempat kami akan berhenti. Bas menurunkan penumpang pelbagai warganegara di situ.

Aliran manusia sebelah kanan untuk rakyat Singapura. Kami ambil aliran sebelah kiri. Kami masuk ke ruang kecil, seorang demi seorang. Abang aku ke depan dulu. Berjalan ke pegawai imigresen.

“Belum pernah datang Singapura”, pegawai perempuan itu tanya abang aku. “Belum”, jawapan ringkas abang aku. “Kalau belum, kena isi borang putih. Ambil di sana”, sambil pegawai itu menunjukkan arah. Aku ikut abang aku. Aku percaya pasti prosedur kami sama.

“Kau ada pen?”, abang aku tanya. Akibat terlalu eksaited, kami tiada membawa pen. Langsung. “Takkan kita terkandas di checkpoint, kot”. Pandang kanan dan kiri, tiada kelibat manusia. Namun tiba-tiba kelihatan pasangan kekasih Cina.

“Can I borrow you pen?”, abang aku memberanikan diri berkata-kata dalam bahasa Inggeris. “Yes, but after him”, sambil menunjukkan ke arah kekasihnya. Fuhh, kami lega ketika itu. Sesuatu yang memalukan jika terkandas di pintu masuk.

Kata-kata akhir wanita Cina itu, “Where ever you go, please bring together a pen. In case you have to fill form like now”. Sambil dia tersenyum, sinis. Kelepak! Kena atas muka sendiri.

Ha ha ha..

6 comments

  1. its true tho..wherever u go, bring a pen..its essential..huhu

  2. aku bawa pen tapi tak ada dakwat

  3. @balqis
    tu la. over excited, kot. sampai tak prepare untuk procedure yang bakal dihadapi.

    @mamai
    selitkan pada poket baju. masih bergaya walau tiada dakwat. he he..

  4. hehe..
    bwa pen!!
    jd kan suatu bdaye

  5. ok!lain kali aku bawak pen klo g mne2..heee~~

  6. dekat tempat isi borang pun takde pen ke? biar betik..haha