"Hadirmu bagaikan bidadari. Melengkapkan langkahku yang terhenti."


Universiti terbaik Malaysia

Usai peperiksaan yang memerlukan pemikiran sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif, bermain dengan angka dan wang, budak selekeh berkaca mata dipanggil bersama rakan-rakannya yang lain, ke dewan kuliah aras bawah. Budak itu hanya watak sampingan, tiada kisah apa-apa untuk cerita kali ini. Keadaan berkerumunan di tingkat bawah menanti dewan kuliah yang mempunyai kecerunan pada tempat-tempat duduk itu dibuka. Pensyarah bersama tukang pegang kunci tiba. Pintu terbuka. Budak itu serta rakan-rakannya yang lain memasuki pintu kecil itu. Budak itu mengambil tempat di belakang dewan, jauh dari rakan-rakan.

Pensyarah itu mulanya berbahasa asing. Kemudiannya bercampur dan berbahasa kebangsaan. Bercerita mengenai peluang latihan selepas bergraduasi kepada rakan-rakan budak itu. Budak itu mungkin punyai peluang tahun depan. Latihan untuk menjadikan sesiapa yang layak sebagai jurutera bertauliah dalam bidang kaji terbang. Usaha sama tiga syarikat yang agak dikenali di Malaysia. Senang cerita, sesudah sahaja keluar latihan itu, mereka ini akan bersedia untuk berurusan dengan pegawai dari Boeing dan Airbus.

Pensyarah itu berkata lagi, hanya empat institusi di Malaysia yang boleh memohon untuk latihan ini yang berjalan lebih dua tahun dengan elaun bulanan Ringgit Malaysia tiga ribu. Tahun ini kerajaan memerlukan 24 orang untuk latihan berkenaan dari empat institusi Malaysia, 36 orang selebihnya bagi tahun seterusnya. Pensyarah itu bersuara lagi, beliau akan menyokong pelajar institusi ini walaupun punya keputusan yang tidak membanggakan. Katanya "Our 2.7 is others 3.3." Kata-kata itu disambut dengan tepukan rakan-rakan budak itu. Budak selekeh berkaca mata itu hanya tersenyum menumpang bangga. Menumpang bangga untuk institusi, dan bukan diri sendiri.

3 comments

  1. jierahsitusanasini

    budak kacamata tu aku kenal kot..hehe

  2. serius betul..aku tgk kertas soklan termo uitm...nak tergelak pun ada..

  3. @jierah
    pernah jumpa? kat mana? tepi jalan?

    @avid gunner
    hehe, tak berani cakap apa-apa. takut budak UiTM marah woo..
    yang pastinya akronim bagi Universiti Terbaik Malaysia adalah UTM. :P