"Hadirmu bagaikan bidadari. Melengkapkan langkahku yang terhenti."


Jadi terkenal sekelip mata, dengan Facebook

Pagi ini aku lihat dua tiga orang kawan Facebook aku menyukai halaman peminat Saya Benci Nama Seseorang. Katanya disebabkan dia mengatakan sebuah institusi pengajian tinggi awam tempatan sebagai sampah. Maka, seantero pelajar institusi berkenaan berhimpun dalam halaman peminat berkenaan kerana satu komentar sampah itu. Perpaduan.

Pelbagai tulisan-tulisan dinding dan komentar di halaman peminat berkenaan untuk Nama Seseorang itu memohon maaf secara terbuka, mengeluarkan kenyataan tentang kedudukan institusi berkenaan yang dikatakan top tiga. Ada yang berbaur membangga diri, berbaur kutukan.

Aku, hanya tengok dan baca kerenah pelajar dan alumni institusi berkenaan. Aku, hanya tengok. Kerana aku tahu institusi aku tidak sehebat itu, barangkali.

1 comments