Dua tiga hari ini, kaverej maxis agak biskut. No Network Coverage dan Emergency Calls Only adalah perkara biasa yang terpapar pada paparan hablur cecair (liquid crystal display, LCD) telefon genggam keluaran syarikat Jepun. Aku mengambil keputusan untuk bertukar sebentar kepada pengendali mudah alih lain, yang pernah menawarkan tempoh berbual selamat 90 minit dengan caj hanya 33 sen. Pernah, sekarang tidak lagi.
Selepas peristiwa itu, aku terjumpa laman sawang buat sendiri (do it yourself, DIY). Cara bagaimana untuk meningkatkan isyarat penerimaan jalur lebar, dengan tin susu. Tin susu akan bertindak sebagai piring astro versi modem jalur lebar.
Dengan beberapa peralatan pertukangan, aku berjaya membelah tin susu dan meletakkan modem di dalamnya. Hasilnya agak memberangsangkan (atau hanya psikologi aku sahaja yang menyatakan begitu). Terlintas untuk meletakkan telefon genggam di dalam piring astro berkenaan. Nah, akhirnya kaverej maxis diperoleh. Penerimaan gelombang yang sangat cemerlang jika telefon genggam berada dalam piring astro berskala kecil itu, namun ianya kembali memaparkan No Network Coverage dan Emergency Calls Only jika diangkat dari piring itu.
Dan, baru sebentar tadi aku beroleh idea bagaimana untuk berbual tanpa mengalihkan telefon dari piring astro buatan sendiri itu – set bebas tangan. :)

wah, link mana ek untuk DIY tu..boleh la share2..mana la tau nanti tiba2 kat kg jd mcamtu, boleh la praktikkan..
http://lifehacker.com/5562180/diy-usb-wi+fi-dongle-waveguide-amplifies-bad-internet-signals
tapi aku cuma belah je tin tu. takde buat macam dia pun. :)
ooo buleh ek cmtu...xtau lak...err..ko belah jadi mcm mna ni?*pending lagi di sini*
belah pakai ilmu ghaib. :P
dah bagitau tu, pakai alat pertukangan. aku guna pahat. bukan batu pahat yang kat johor tu, tau.
*dengan harapan kau akan pending, lagi*
harapan ko termakbul..aku masih lgi pending di sini.cis..mksd aku,ko belah tin susu tu jdi mcm mana?hoh