"Hadirmu bagaikan bidadari. Melengkapkan langkahku yang terhenti."


Dua tiga hari kebelakangan

Sukarnya menjadi seseorang yang sangat kuat ingatannya, lebih-lebih lagi ingatan pada kenangan lalu. Kenangan lalu yang saya boleh perincikan walau sekecil kejadian itu pada hari ini saya rasakan memakan diri saya sendiri. Lebih-lebih lagi kenangan bersamanya.

Setiap perbuatan saya yang persis kepada kenangan lalu membuatkan saya mengimbaunya. Banyak. Sangat banyak. Setengah dekad itu entah berapa million kenangan yang terbungkus rapi dalam kepala ini. Yang mungkin saya seorang sahaja yang mengingati dan menghargainya.

Hmm.. Sejak semalam, banyak kenangan yang terimbau dengan sendiri. Saya malas untuk memaksa supaya ia tidak datang terpancar pada projektor minda. Jadi, saya biarkan. Saya biarkan menikmati kepedihannya. Menikmati penghargaan saya kepadanya dahulu. Juga menikmati titisan air mata saya yang membuktikan bahawa saya mencintainya bukan dusta.

Saya harap masa akan cepat menyembuhi saya. Sudah banyak plaster yang saya gunakan untuk tampal pada hati yang lukanya halus tetapi pedih. Kadang-kadang saya rasa tidak kuat untuk semua ini.

Migraine semalam juga mungkin sebab mengingatinya terlalu. Dan sebab itulah saya tidak update blog.

14 comments

  1. mgkin perlu letak garam pd luka..
    pedih tp cepat kecut lukanya..

  2. turut merasai kepedihan dan kesedihan itu...

  3. jangan diingat
    nanti jadi barah
    biarkan
    hati kene kental bukan
    :)

  4. @fadh
    macam mana nak letak garam pada hati? makan garam? err..err
    pedih tu yang kalau buleh nak dielakkan, walaupun kecutnya cepat.

    @zaidah
    sama-samalah bersabar. :)

    @intan maisarah
    bukan sengaja. tapi ada masanya ia datang sendiri.
    ya, sudah 2 minggu ia berlalu. dan dalam 2-3 hari ini kuat benar ingatan saya kepada peristiwa itu.
    ya, hati mesti kuat. kental kata awak. :)

    ingat entri emo macam ni tak ada orang komen :P

  5. Semoga sama sama kita ambik iktibar :-)
    Jodoh adalah hakNya. banyak la minta minta dan ngadu ngadu masalah padaNya. Da kaunselor Agung.

  6. kena cari plaster yang tahan lama buat selamanya..

    sabar z. kwn2 sentiasa ada beri sokongan :)

  7. saya juga merasai apa yang anda rasa.
    kene kental

  8. klau nk wt cre yg pedih..
    tgk gmbar puas2..
    refresh segala kenangan puas2..
    nanges puas2 gk..
    tp after nanges..
    start a new life..hehe
    tp klau ko nk wt..
    kne tukar jantina dlu la..haha

  9. @musafir
    pengalaman mematangkan manusia.
    terima kasih brader.
    by the way sangat lama tak nampak :)

    @noor fatin
    kalau buleh jumpa plaster jenis tu, nak beli jugak. hehe..
    sedang, dan akan terus sabar.

    @intan maisarah
    barangkali setiap orang pernah mengalaminya. dan ini yang pertama bagi saya. mungkin sebab itu agak berat rasanya.

    @fadh
    kenapa mesti nak transgender? i'm proud to be a man. :P
    kadang-kadang kita dah rasa puas nanges, tapi lepas tu,, beberapa hari atau minggu, kita akan teringat dan menanges lagi kot.

  10. kenape tampal plaster kat luka>?
    sebelum u kene letak ubat dulu

  11. sandarkan pada kenangan

  12. ai kan ada ngan yu

  13. @manja
    err..tak letak iodin pun.
    letak plaster terus untuk hentikan luka. :P

    @brutal solo
    sayang menyayang. saling percaya. eh?
    hehe..tiba-tiba terkenang, nak buat macam mana. kan. :)

    @parabakri
    i like your new name. :P

  14. yu..me too