
Ini kisah seekor gagak yang tersisih. Ia sering merendah diri dengan kaum keluarga dan sahabat handai kaum burung lain. Ia perasan, burung lain memandang rendah, sebelah mata, kepadanya. Seolah-olah dunia tidak layak dimilikinya. Dijeling dan dikerling itu suatu yang biasa terjadi dalam hari-hari gagak malang ini.
Sedangkan pipit yang selalu dibanding dengan enggang, juga dirasakan ia itu lebih rendah dirinya berbanding pipit.
Hal yang menyedihkan dan memilukan ini membuatkan gagak lebih banyak menghabiskan masa di dahan dan ranting pokok-pokok rendang. Pokok rendang lebih terselindung daripada dilihat lantas diejek kaum burung lain. Walaupun ia lebih menghabiskan masa di dahan pokok, ia tidak berlapar. Gagak adalah yang terawal keluar pergi mencari ulat. Ia sudah bersiap untuk keluar bila kaum manusia azan subuh, sebelum kaum burung ramai keluar mencari ulat. Bimbang kalau-kalau terserempak dengan kaum burung lain yang boleh merendahkan motivasi dirinya.
Lagipun ada pepatah berbunyi, burung pertama akan mendapat ulat, tikus kedua akan mendapat keju. Pepatah Inggeris jika tidak salah.
Hitam gagak diejek kaum burung lain, yang padahal hitam juga. Cuma ia tidak sedar diri. Perasan putih, dan baginya gagak sahajalah yang hitam. Buta warna barangkali. Tapi itupun gagak iyakan saja. Tidak kurang juga yang menjaja cerita bahawa gagak ini durhaka kepada ibunya. Kawan-kawan di sekolah burung-burung daerah Pontian selalu juga menggelarkan dirinya dengan nama Si Tanggung. Err..maksud saya, Si Tanggang.
Fikiran gagak melayang ketika ia bertenggek sendirian di dahan pokok jambu air yang sudah banyak berbuah, namun tidak diambil kaum manusia untuk dibuat colek. Buah yang lama dan sudah lembik jatuh berturut-turutan ke jalan tar taman perumahan itu.
Gagak yang termenung lantas mengambil sebiji buah jambu merah muda. Ia pilih yang manis-manis, lantas dijadikan sebagai jajan dipetang hari sebegini.

gagak o gagak,
gagak juga punya hati
:)
@intan maisarah
haiwan memang punya hati. sebab itu mereka juga menyayangi :)
food chain