"Hadirmu bagaikan bidadari. Melengkapkan langkahku yang terhenti."


Kebarangkalian adalah infiniti

Tajuk di atas merupakan perkataan yang tercetak pada baju T saya. Tapi pada baju itu dicetakkan dalam bahasa penjajah, Inggeris.

Seperti yang sesetengah daripada kamu ketahui, bahawa ex saya melangsungkan pertunangannya minggu lepas. Ianya terlalu pantas bagi saya yang masih belum dapat menerima hakikat bahawa saya kini sudah single dan saham saya, tanpa saya sedari, terjual dengan mahalnya di bursa saham Dow Jones.

Saya bukanlah ingin meraih simpati atau apa. Saya cuma ingin menyimpulkan bahawa dalam percintaan, sesetia mana pasangan kamu, kemungkinan terburuk boleh berlaku. Walau apapun janji pasangan kamu ukirkan. Dalam percintaan, seseorang yang amat kita percayai dalam bima sakti ini boleh sahaja, dengan sekelip mata, bertukar kepada makhluk decepticon yang paling khianat.

Pesan saya kepada pasangan bercinta, jika kamu betul cintakan pasangan kamu, buktikan. Jangan sampai terbuka daun pintu hati kamu untuk mengasihi orang asing yang entah dari planet mana datangnya. Dan keterbukaan pintu itu menghalau pergi orang paling rapat dengan kamu yang sudah setengah dekad bersama. Ya, setengah dekad.

Kisah saya ini, kamu jadikanlah pengajaran. Terima kasih.

Dan, jika awak membacanya. Maafkanlah. Saya tahu awak barangkali akan membacanya. Sebab saya tahu awak selalu stalk account Twitter saya. Kan? Kan? :P