Beberapa hari lalu blackout. Jumaat to be exact, lepas maghrib. Masa itu saya sedang dengar lagu dan repeat berkali-kali lagu Imran Ajmain yang di atas ini. Skrin laptop retro saya ini pun secara automatik menjadi sedikit malap kerana setting power consumptionnya kalau menggunakan bateri.
Dan bateri saya kong. Kurang 5 minit ianya beri amaran bateri low. Dan terus empty.
Lantas saya tukar kain pelikat dengan seluar khaki cerah dan tanpa menukar baju Harimau Malaya gratis daripada abang saya yang saya pakai sejak tadi. Keluar makan di kedai sebelah 7E.

Anak saudara saya, Mardhiah namanya.
Malam itu blackout dan bulan purnama seolah-olah berjanji. Saya langkah kaki saya perlahan kerana seluruh institusi saya bergelap, melalui maklumat rakyat hostel timur. Hostel saya pula di barat. Jadi, apabila timur dan barat sudah bergelap, saya assume keadaan ini berlaku di seluruh institusi.
Kadang-kadang saya terfikir juga, blackout ini agak memberi sedikit ketenangan. Kerana apabila blackout, dan sekiranya bateri laptop juga kong, kita sebenarnya sudah terputus daripada dunia internet. Imajin pula masa itu kamu lupa untuk charge telefon genggam kamu. Pakej dua dalam satu.
Teknologi ini membuatkan kita untuk sentiasa bukak facebook, tengok post update orang lain, komen post orang lain. Dan kemudian menunggu orang itu reply. Perasaan menunggu itu bukankah membuatkan hati tidak tenang. Err..itu berdasarkan pengalaman sendiri yang seolah-olah tidak boleh hidup tanpa makhluk ciptaan manusia bernama Mark Zuckerberg.
Saya ingin tekankan di sini - makhluk ciptaan manusia. Tapi manusia sekarang seolah-olah menjadi hamba kepada sesuatu yang kita cipta itu. Sepatutnya manusialah yang mengawal facebook, dan bukannya sebaliknya - facebook mengawal manusia. Ini tidak, kebanyakkan parkinson apabila internet slow sebab kabel bawah laut putus.
Malam itu dalam perjalanan saya ke kedai makan, bulan sungguh cantik di celah pohon-pohon hutan. Orion juga menemani saya makan malam itu. Ingatan kepadanya tercetus, cepat-cepat saya buat-buat tak tahu. Saya teruskan perjalanan ke kedai makan.

ketagih amat anda ni
kadang2 best jugak bila blackout.
spnjg setahun 2 bln kt jb ni merasa 2 kali blackout.1st kt hostel, 2nd kat rumah sewa.terseksa sbb xleh buat assignment dlm gelap.tapi time tu sgt best.duduk berkumpul2 ramai depan lilin, lps tu borak2 utk ilangkan bosan + takut sebab gelap.
dan yup.aku mengaku, aku pun antara yg tergolong dlm golongan itu - kebanyakkan parkinson apabila internet slow sebab kabel bawah laut putus.
dulu facebook,sekarang twitter.sob2
woo.. harimau malaya tuuuuuuuuuu. ahahaha
aku xleh hidup tanpa internet :P
dunia internet yang kadang-kadang buat kita happy, sedih, meroyan, dan sebagainya.
i like pic adira..errr...
ai ada fb je :p
@intan maisarah
memang. takde kawan punya pasal. berkawan dalam facebook je lah. huhu
@jierah
blackout kadang-kadang buleh jadi alasan kenapa assignment tak siap. err..
aku pun sama kot, twitter pun termasuk. sebab tu aku activate twitter via text message.
@noor fatin
tahu. facebook takleh bukak kau dah marah. blog takleh bukak pun sama jugak :P
@syaira
meroyan, kalau macam siput sedut. ya tak? tapi kalau buffer youtube laju pulak. hehe
@anon
yu ada blog, lama tak update. twitter pun yu deactivate. apa kes?
blog ai dah bakar, twitter ai dah lama xbyr sewe,tu sbb la.nak buat cmne