"Hadirmu bagaikan bidadari. Melengkapkan langkahku yang terhenti."


Mesin masa: Episod 1

Mesin masa dengan enjin melebihi kelajuan cahaya bergerak ke tahun 1995.

Petang itu Sarjan Syazwan dan saya ada misi untuk ditumpaskan. Kali ini untuk menumpaskan sindiket kecurian komputer, geng Azman And The Computer. Geng ini memang aktif di kawasan JB. Jalan Bayam.

Saya bersama Sarjan Syazwan mengambil masa yang agak lama bagi merancang strategi bagi menangkap ahli-ahli geng ini berserta kepalanya sekali, Azman Chin. Manakan tidak lama, kertas kerja perlu disiapkan untuk meminta bantuan kepakaran hackers daripada Interpol. Lebih-lebih lagi kami selalu saja hantar kertas kerja itu last minit, semakin lama jadinya perancangan untuk menangkap geng Azman And The Computer ini.

Kulai Station, si peniru Kluang Station, menjadi lokasi untuk kami, Sarjan Syazwan dan saya, memerhatikan suspek. Sambil itu kami order roti portugis yang sudah lama tidak kami nikmati. Rasanya sejak graduasi dari Akademi Polis TV9. Melalui maklumat yang kami perolah daripada risikan hackers Interpol, Azman dan kuncu-kuncunya selalu lepak di situ. Kekerapan mereka lepak semakin menjadi-jadi selepas Man U mendapat gol melalui bicycle-kick Rooney.

Bolasepak menyatukan rakyat. Tetapi tidak untuk polis dan penjenayah.

Ada tiga-empat orang lelaki memakai baju T Spongebob, Oggy (And The Cockroaches) dan ada juga berjaket. Dan seorang lelaki yang memakai cap geek. Cap wifi detector. Kami pasti, mereka inilah geng yang dikehendaki itu. Interpol juga mengesahkan pergerakan mereka melalui GLONASS, sistem persis GPS yang dibangunkan Rusia USSR.

Mereka seolah-olah mengetahui kewujudan kami. Lebih-lebih lagi dengan pakaian stereotipikal kami seperti yang kamu lihat dalam drama Melayu yang entah berapa ribu episod, Gerak Khas itu.

Mereka berpecah, kami juga sama. Sambil mengejar mereka, saya pegang revolver pada pinggang. Sempat juga saya control senyuman saya pada gadis-gadis yang agak kepelikan dengan insiden itu. Mereka hilang dari pandangan saya.

Pencarian saya terhenti setelah ternampak Sarjan Syazwan berjaya memberkas seorang kuncu Azman Chin. Sarjan Syazwan menggari pergelangan tangannya.

"Lans Koperal Zahari, mereka menuju ke sana.", ujar Sarjan Syazwan. Sambil tangannya menghala ke ruang parking bawah tanah.

"Baiklah. Saya ke sana sekarang tuan.", saya balas.

Dan TANG!!!

**********

Mak saya lumur ubat pada dahi saya. Dahi saya bertemu tiang pada scene terakhir tadi. Benjolnya mengalahkan bola pingpong, kata sepupu saya. Abang saya mengejek-ejek saya, dengan mengulangi skrip terakhir saya sebelum kejadian itu menimpa saya, yang bermain polis-polis bersama sepupu-sepupu saya.

Punca kejadian masih disiasat. Siot. Ha ha ha!

4 comments

  1. katela ko tgh main polis sentri wan tu jaga.polis mati pencuri jaga.hak3

    paling tak buleh belah mengalahkan pusat membeli belah tang ayat

    "Sempat juga saya control senyuman saya pada gadis-gadis yang agak kepelikan dengan insiden itu."

    hahahahaha

  2. keling!...hahaha

  3. kad bumiputera tu zaman aku sekolah dulu....entah mana hilangnya

  4. peh bahaya. haha