"Hadirmu bagaikan bidadari. Melengkapkan langkahku yang terhenti."


Orion datang lagi

Saya turun dari bilik tingkat tiga daripada lapan tingkat itu. Saya hanya menggunakan tangga sahaja. Saya tidak kenal apa itu lift sejak di kolej ini. Maksud saya di sini, saya tidak pernah menggunakannya untuk turun-naik hanya ke tingkat tiga itu.

Langit cerah. Saya dongak mencari Orion. Saya tidak nampak Alnilamnya.

"Jom, aku teman kau pergi makan." tegur kelibat hitam di kiri saya. Terkejut jugalah saya, tapi saya cam busur panah yang di bahunya itu. Orion. Kepala tali pinggangnya bersinar dengan Alnilam.

"Jom, aku belanja. Nak? Tapi lain kali kalau nak temankan aku, masuk lah dalam bilik aku macam hari tu. Ini buat terkejut aku je.", saya kemudian menarik busur panahnya. "Hari tu kau tulis apa atas kertas? Aku tak faham Yunani kuno kau lah. He he.", saya pula sangkut busur pada bahu saya.

Kami berjalan perlahan. Saya berjalan sambil menyepak-nyepak batu kecil di atas jalan berturap. Terkadang batu itu terlompat-lompat dengan gerakan projektil.

"Malam tu aku masuk bilik kau ikut tingkap tak pakai kasut. Sekarang dah bersiap dengan kasut sebab nak teman kau makan. Itu yang tunggu kat bawah terus."

Saya lihat Orion ini seperti tiada masalah. Tersenyum saja bila berbicara dengannya. Sunyi dan sayu hati saya ini menjadi senang bila melihat wajah sahabat saya itu.

"Owh ya, hari tu aku cuma tulis, aku balik dulu. Nanti aku datang lagi. Itu saja."

"Aku pun dah agak. Biasanya scene macam tu memang berakhir dengan pesanan begitu. Hi hi."

"Cett. Aku taknak cerita ni tipikal dan cliche lah. Come on, cari idea kreatif sikit."

Sampai di kedai makan bersebelahan 7E. Kedai makan itu berada di hujung deretan rumah kedai dua tingkat. Meja-mejanya pula ada di susun di atas jalan tar, dan ada juga di dalam premis. Saya dan Orion memilih meja berbumbung langit berlantaikan tar. Bersebelahan dengan meja kami ada pondok kecil menjual sate.

Kakak yang selalu ambil order datang merapati kami. Seperti biasa Safi Puteri (bukan Safee Sali) semerbak mengingatkan saya kepada dia.

"Saya nak milo tabur. Dia belanja.", Orion menunjuk ke arah saya.

"Dia taknak makan, minum je. Saya nak nasi putih, ayam kunyit, telur dadar. Minumnya teh o ais."

Minuman kami terhidang dahulu sebelum sampai makanan saya. Dan tabiat kami ketika minum sama. Kami tutup lubang atas straw, angkat straw dan sedut air yang tertinggal dalam straw dengan lubang bawah.

"On the way balik bilik nanti aku cerita something kat kau.", kata Orion.

5 comments

  1. heh.... juga bertabiat yang sama...tutup lubang straw


    erk..last2 cungkil gigi dgn straw? hehe

  2. ai kenal orion tu

    p/s: smkn hari smkn takot ai dgn yu :p

  3. ahaa
    isu nota dah terjawab..
    alahai,
    bila mahu mengarang novel?
    karya anda indah

  4. @kujie
    tabiat yang unik, kan?
    saya tidak cungkil gigi dengan straw. cuma selalu menggigitnya saja.
    tapi itu dulu. hehe..

    @parabakri
    iya? orion pernah jumpa yu jugak?

    @intan maisarah
    mana awak tahu dah terjawab? hehe..
    novel tu perjalanannya panjang. cerpen patut didahulukan kot.
    terima kasih, doakan keindahan itu tidak memudar. :)

  5. sentiasa