"Hadirmu bagaikan bidadari. Melengkapkan langkahku yang terhenti."


Pelanduk 7 serupa

Orang tua-tua kata, ada tujuh orang yang sama wajahnya. Tapi saya tak pasti samada orang-orang itu hidup dalam satu masa yang sama atau wujud pada zaman-zaman berbeza. Tapi kenapa mesti tujuh?

Beberapa minggu lalu, sebelum muncul penggal percutian tahun baru lunar cina, kerap juga saya keluar berjalan mengambil angin kota selatan Malaya. Luna, teringat pula saya kepada pensil warna yang amat terang dan sangat mahal suatu ketika dahulu. Jika pensil warna faber castell pula, ianya disertakan dengan berus warna, untuk meratakan warna pensil itu menggunakan sedikit air.

Perjalanan tanpa hala tuju yang berhukum makruh itu saya tempuh. Dengan mengambil dua trip bas dengan tambang lebih kurang USD 1 saya akhirnya hinggap di bandaraya terkemuka Malaya itu. Menuruni bas, dan terus dihidangkan dengan gelagat manusia bandaraya. Agak berbeza suasananya di kampung saya, yang letaknya agak ketimuran dalam peninsular Malaya.

Sudah menjadi kebiasaan untuk saya mencuci mata dengan sedikit bahan bacaan. Tidak kiralah majalah, buku-buku, ataupun novel. Namun saya agak berkira-kira untuk memilikinya atas alasan wang. Ya, alasan sahaja sebenarnya, sebab wang itu, tipulah kalau saya cakap tak ada. Ada saja sebenarnya. Seperti saya katakan tadi, alasan.

Kepulangan saya juga disambut pintu bas henti-henti. Tiada siapa yang menjemput saya seperti Tiz Zaqyah yang barangkali dijemput ahli keluarga atau teman istimewa. Saya sememangnya tiada yang istimewa secara rasminya.

Di dalam bas itu, setelah perjalanan menjadi hampir separuh, bas pun berhenti mengambil penumpang lain. Ruang tengah bas masih kosong, dan masih ada tempat duduk kosong. Ada beberapa orang baru dalam komuniti bas yang baru 10 minit saya sertai itu, termasuklah tiga perempuan bertudung yang agak molek pekertinya. Salah seorang daripada mereka itu membuatkan saya terkesima...

Keterkesimaan saya itu agak logik. Dia sangat menyerupai seseorang yang pernah saya kenali. Namun saya pasti perempuan itu bukan dia. Cuma fizikalnya amat sama. Cara perjalanannya, bertudungnya, sepatunya (pergh, sepatu tak tahan!) malah tahi lalat di pipinya.

Sepanjang perjalanan pulang, saya hanya memerhatikan perempuan itu, sambil teringat kenangan bersama dia yang hampir sama dengan perempuan itu. Saya sebenarnya juga sedikit ketakutan. Manalah tahu itu adalah halusinasi saya yang berpeluang mengheret saya ke Tampoi Bahagia, sebuah taman istimewa. Tapi saya pasti, ianya realiti.

Kami turun pada perhentian yang sama. Namun perpisahan kami adalah apabila perempuan itu dan dua kawannya ke McDonalds, dan saya pada ketika itu hanya berkira-kira wang, cukup atau tidak untuk menikmati McChicken dan Bubur Ayam.

6 comments

  1. kenapa tak ditegur..
    mana tau..
    itu memang dia

  2. yu penah cerita kat ai kan hal ni ari tu?xpela yu..sabar

  3. "..Tampoi Bahagia, sebuah taman istimewa.. "

    haha cm seronok je date kt sne.. =p

  4. @intan maisarah
    saya pasti bukan dia. cuma sama sahaja. mustahil dia tak kenal saya.

    @anon
    ya, ai sedang sabar. huhu

    @fadh
    seronok kot bila jumpa geng yang "sekepala", haha

  5. anon yu pggl ai..menyampah :p

  6. @anon
    abah bagi nama sedap sedap taknak pakai. hehe..
    lain kali kalau nak komen, pilih kat name/URL tu. letak nama, tapi tinggalkan ruang URL tu. okay? :P