
Saya memang jenis yang lambat. Dulu-dulu di rumah, kalau ada apa-apa, contohnya buah pear, biasanya saya tak dapat makan. Sebab saya selalunya tanya "Buah pear ada lagi tak, mak?", bila buah terakhir ada pada mulut Awie, abang bujang saya.
Dan kini saya lambat menonton sebuah filem.
Saya baru saja habis menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah, HKLBR. Ada yang sampai tersasul jadi balik kampung. Mungkin orang yang tersalah sebut balik kampung tu nak cepat. Takut kalah. Takut orang lain sempat sebut dulu tajuk filem itu. Okaylah. Orang itu menang, 1-0. Ha ha ha!
Kalau nak buat rebiu pun sudah ramai barangkali yang merebiukan filem ini. Saya bukannya seorang pengkritik filem sebagaimana beberapa orang penggiat indie yang saya follow. Saya cuma tahu tonton, dan cakap best ke tak. Itu saja. Berbanding Zombie Kampung Pisang, HKLBR lebih membuat hati saya tidak duduk diam. Disamping mesej serius dan sinis yang disampaikan, mungkin.
Mujurlah bilik saya single, boleh gelak puas-puas tanpa cover. Gelak yang di cover-cover tak akan beri kepuasan kepada penggelak. Umpama orang yang nak bersin, tapi tak jadi.
Tak boleh terima, bomoh jawa yang habis keluar jadual berkala unsur! Ha ha ha! That is scientific joke! Potasium Kalsium segala. Bomoh siam pulak sebut "Pelawok, pelawok.". Tersengih-sengih juga saya dialek daerah saya dipertontonkan. He he.
Dan melalui rebiu orang lain, beliau berpendapat bahawa scene semasa dalam HKLBR adalah pada tahun 2013. Sebab pada nisan Che Nin tercatat 1987-2010. Che Nin meninggal dunia selepas 6 bulan Husin ke Singapura. Husin ke Singapura 3 tahun lalu. Kan?
By the way saya suka Abi Hurairah, yakni Johan. Sebelum ini jika bersama Zizan, Johan seolah-olah tenggelam dengan Zizan dan hanya menjadi pemboleh ubah yang bergerak balas. Kini Johan lebih banyak idea lawak, mungkin selepas menuntut dengan pengarah Mamat Khalid.
So, recommend me next film. He he.

hantu kak limah balik rumah menghiburkan.walaupun cite die tak logik tapi blh tahan la drpd cite mamat khalid yg sblm2 ni.
bg aku, part yg seram bile terserempak kak limah yg sedang membengkokkan dirinya kt tgh2 jalan.berderau terus darah aku.nasib baikla takde darah tinggi.sob2
part kelakar plak bila dorg lari setiap kali terserempak ngan kak limah.usop kelakar(usop kot).dgn wheelchairnye.haha
err adakah aku komen terlalu pnjg kali ni?
btw nk tanye, pelawok tu ape ek mksd die?
kawan sara ckp, pelawok tu kencing malam.
:) lebih suka zombie kampung pisang
@jierah dan @intan maisarah
abi hurairah masa lari keluar jamban memang bangang. ha ha
filem mamat khalid unik. ada unik yang tak kena dengan jiwa. macam kala malam. zombie kampung pisang tu ada lawaknya tapi bagi saya tak sekuat kak limah.
by the way pelawok tu penipu. he he
tapi konsentrasi terganggu sebab baca rebiu orang yang bagitau che nin dah mati. haih.. hilang feel.
hahaha. aku xtgk mana2 review langsung. so aku xtau apa endingnya. aku tgk dr youtube je. haha tu pn dua hari baru nak abis part dia, keh3. apa2 pn best la. tergelak2 je. xpuas tgk sekali. nanti nak mintak kat faiq, dia ada cite tu.. heheh
err.err aku xtgk review khurafat. tggu donload or ada kat youtube baru aku nak tgk.. eheheh
Best ke tak ae cite nie ?