"Hadirmu bagaikan bidadari. Melengkapkan langkahku yang terhenti."


Sepuluh tahun: Episod 2

*Kepada sesiapa yang tertinggal bas, MRT atau tersalah masuk koc wanita semasa menaiki komuter, sila ke Sepuluh Tahun: Episod 1 terlebih dahulu.

Saya bingkas bangun, capai tuala putih yang terampai di ruang istimewanya. Saya kemudiannya hanya follow kaki saya bergerak ke bilik air. Tak perlulah saya ceritakan secara detail apa yang berlaku di dalam sana. Yang pastinya sebatian H dan O tercurah membuatkan badan saya vibrate beberapa Hz kerana kesejukan.

Usai mandi, saya capai seluar khaki berwarna cerah dan kemeja yang sedikit kemas mengikut bentuk badan saya yang sedikit tough. Saya lipat lengan baju kemeja, yang panjangnya cukup-cukup pada pergelangan tangan saya, sehingga mencapai ke paras bawah siku. Saya biarkan hujung baju keluar tanpa tuck in, itu lebih kasual. Tapi saya tidak menegakkan kolar. Nampak macam orang kampung baru masuk bandar pula kalau macam tu. Pelik benar. Rambut yang sudah dikemaskan dengan gel, badan yang sudah disemburkan dengan bau-bauan maskulin, membuatkan saya bersedia untuk menghadapi hari baru. Hari baru yang masih bersama isteri dan...

"Papa, lambat lah papa bersiap. Uncle Chik telefon lagi. Jom turun, pa. Sarapan.", Puteri kecil saya, yang baru sahaja kami sambut hari lahirnya ke 4 minggu lepas, menarik tangan saya turun. Nada Puteri sama seperti Mia Sara. Ingat tak pada iklan pelembut Softlan? Lebih kuranglah dengan Puteri kalau Puteri yang menyebut skrip "Terima kasih sebab buat cadar bau macam mama.".

Lalu saya dukung Puteri. Tangan kanan saya capai komputer bimbit serta wallet kulit coklat dan menyeluknya ke poket seluar, sambil tangan kiri mendukung si kecil saya.

Langkah disusun menuruni rumah semi D tiga tingkat setengah dengan lengan kiri memangku puteri dan tangan kanan meraba-raba besi pemegang tangga.

Pancake aka lempeng buatan isteri menjadi alas perut biasanya dua atau tiga kali seminggu. Kalau rajin, Zaujah akan goreng nasi yang resipinya diambil daripada mak saya. Kalau tak berapa nak rajin, saya yang akan bawa Zaujah dan Puteri keluar sarapan di Banggu Kopitiam. Saya biasa memesan harta intelek Malaya paling berharga, nasi lemak serta kopi putih Taiping di situ. Tapi hari ini pastinya pancake dengan jem nanas bakal menjadi santapan sarapan.

Seat Puteri bertukar dari lengan papanya kepada kerusi makan kayu jati ditempah khas dari Tok Bali, Pasir Puteh.

"Memenuhi masa dengan ceria, bagai ledakan supernova. Tersentuh bagai dejavu, beribu batu lebar sayapku...", komputer bimbit saya berbunyi ringtone lagu retro. Belum sempat lagi saya menyuap pancake isteri.

Dengan kuasa niat, saya angkat panggilan itu. Panggilan daripada abang saya. Niat yang ikhlas saya kemudiannya dihantar menerusi gelombang minda dan di detect oleh peranti masa depan itu. Tapi masih, percakapan telefon masih sama, dan bukannya dengan kuasa minda. Kalau macam tu lebih baik ada butang hijau merah saja, tekan dengan jari, cukup. Tak payah pakai niat. Ya tak?

"Aku nak kau keluar awal sikit. Datang office kejap dalam pukul 9. Pukul 10 kau tolong lawat site bangunan baru tu nanti. Okay?", tanya boss saya, merangkap Abang Chik saya sendiri. "Baiklah.", jawapan pendek saya, sambil mengunyah. Kuasa niat dalam hati, yang iklas, sekali lagi menamatkan panggilan telefon itu. Terfikir juga untuk tukar kepada Norkiah 3110 Classic saja, tak perlu niat-niat.

Mata saya yang masih menatap skrin komputer bimbit, mencari-cari lagu baru untuk dijadikan ringtone. Saya select lagu Mega, Takdir dan Waktu, untuk dijadikan ringtone baru dan menyambung sarapan dengan dua keping lempeng lagi.

Bersambungan lagi...sehingga saya ada idea. He he he.

4 comments

  1. adeh.adira tak lekang

  2. sapalah gerangan zaujah ituu

  3. sila sambung segera.....

  4. @jierah
    of course. ilusi by adira. ha ha!

    @noor fatin
    tanya budak arabic apa maksud "zaujah".

    @alexandria alia
    insyaAllah sedikit masa lagi akan dipost. dah siap. :)