"Hadirmu bagaikan bidadari. Melengkapkan langkahku yang terhenti."


Sepuluh tahun: Episod akhir

Sepuluh Tahun: Episod 1 & Sepuluh Tahun: Episod 2 available here! Cett! Macam kedai buku MPH punya promosi. :P

**********

Lempeng berbaki beberapa keping tidak kami habiskan. Masing-masing kenyang dengan makan pagi yang minimalis. Saya bangun dari kerusi, melangkah ke pintu. Zaujah dan Puteri membuntuti saya.

"Jaga diri elok-elok ya bang. Sayang tak sedap hati pagi ni.", adu Zaujah.

"InsyaAllah. Nanti kalau rindukan abang, skype lah. Tau. Hi hi.", sengih saya memang biasa menampakkan gigi arnab. Mungkin itu aset yang saya ada bagi memikat isteri saya.

Kami terpisah dengan kucupan isteri dan si kecil saya. Berat sungguh hati saya untuk tinggalkan mereka hari ni. Lebih-lebih lagi bila isteri berkata begitu. Mungkin hati kami sahaja bermain Command & Conquer. Lama benar saya tak main game tu. Semoga hati kami bermain permainan yang lebih tenang seperti sudoku atau congkak barangkali.

"Tuit tuit. (bukan tweet tweet, itu lain)", alarm BMX 3 Series Coupe Edisi 2021 saya tekan. Sekali lagi saya toleh ke arah insan kesayangan. Puteri kelihatan melambai-lambai. Zaujah pula seolah mengesat sesuatu di mata dengan hujung lengan baju yang tiga perempat panjang. Mengapa sentimental benar pagi ini. Apa yang berbeza?

Suis kereta, bak kata orang Kelantan, dibenam dalam slot. Enjin BMX mengaum. Kombinasi sistem gear kemudiannya menggerakkan roda keluar dari situs rumah batu itu. Satu bunyi hon dengan maksud 'abang akan baik-baik saja' dibunyikan. Mobil meluncur laju keluar dari kawasan perumahan ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 8. Dan terus meluncur ke Wisma MZnisme.

"Sudah tiba masanya untuk kita kembali. Kamu akan terus leka di sini jika teruskan hari ini.", suara minda saya berbunyi. Saya tidak pasti suara itu adalah halusinasi atau apa yang saya alami ini adalah halusinasi.

"Kamu di dalam mesin masa. Dan bukannya halusinasi. Kamu pernah tengok doraemon? Lebih kuranglah dengan kamu sekarang. Kamu tidak akan terus hidup tanpa membina kehidupan antara jarak 2011 dan 2021. Ianya masih kosong. Mustahil untuk kamu terus hidup pada masa depan tanpa membina masa terdahulu.", ia berbunyi lagi.

"Jadi adakah saya perlu tinggalkan Zaujah dan Puteri?"

"Tidak. Kerana kamu akan memilikinya. Dengan syarat kamu perlu melengkapkan kehidupan kamu."

Saya seolah bermonolog dalam ruang kepala tanpa menyedari saya sedang menyusuri flyover MRR 8 yang berselekoh. BMX yang meluncur laju merempuh penghadang lebuhraya dan terus jatuh bebas dari ketinggian 15 meter. Mata saya meliar, saya terkaget. Umpama komputer yang hang apabila photoshop dan illustrator dibuka serentak pada komputer kuno. Takasima eh, terkesima.

Perasaan kecut perut, takut mati, gerun datang dengan pakej lalu membungkus menjadi satu di dalam hati. Hidup ketika itu rasa seperti slow motion.

"Jangan bimbang. Kamu tidak akan mati."

BOOM! Kereta buatan Trinidad Tobago itu hancur dimakan graviti. Mujurlah ianya kereta elektrik, dan bukannya petrol. Kalau tidak, sudah tentu ia meletup.

**********

Saya terkejut tahap gaban lalu bingkas bangun dari perbaringan. Tiada lagi katil saiz king, yang ada cuma katil bujang tanpa cadar. Wayar charger Norkiah berselirat di sebelah kiri bersama telefon genggam Norkiah. 29 Februari 2011. Mesin masa telah mengembalikan saya ke realiti. Rasa ingin menyumpah tapi kutahan jebat. Baru ingin rasa bahagia tapi dihalang.

"Tidak. Kerana kamu akan memilikinya. Dengan syarat kamu perlu melengkapkan kehidupan kamu."

*****Tammat.*****

"Saya" dalam cerita ini boleh jadi saya, kamu, abang yang selalu ambil order makanan kamu, pak guard institusi tempat kamu belajar, atau sesiapa saja. Cerita ini adalah cerita fiksyen yang mungkin lebih kurang sama jalan ceritanya dengan cerita lain yang saya pernah baca. Jadi, cerita-cerita itu mungkin secara tidak langsung menjadi rujukan saya.

Kata trilogi. Tiga episod la. Nakal pulak imajinasi saya kali ni. Dan maafkanlah atas kekurangan dan kematian idea, ini percubaan pertama. Sekian, terima kasih. :)

1 comments

  1. anda boleh menjadi penulis sains fiksyen.
    imaginasi anda amat tinggi.
    tak tercapai ni ha teman nak gapai