"Hadirmu bagaikan bidadari. Melengkapkan langkahku yang terhenti."


Dongak ke langit

Saya menghabiskan nasi putih ayam kunyit saya. Orion pula membuat isyarat mata, ingin ratah telur dadar. Saya angguk. Fikiran saya tertanya-tanya apa yang ingin Orion ceritakan pada saya sekejap lagi. Saya lengahkan masa dengan menonton televisyen di kedai makan itu. Orion pula memandang ke arah gerai sate bersebelahan.

"Jom. Jalan slow-slow." kata Orion yang seakan kebosanan. Kesian pula saya.

Saya angkat tangan. Kakak yang memakai perfume Safi Puteri tadi datang kira. Not merah bertukar tangan. Not biru dan beberapa keping syiling jatuh pada telapak tangan saya sebagai baki.

Langkah kaki kami melepasi tiga deret rumah kedai. Pusat snuker, bengkel kereta, kedai akuarium dan beberapa kedai runcit Cina dan India Muslim. Selepas itu gerai burger. Di belakang gerai burger itu ada taman perumahan Melayu. Manakala di seberang jalan pula taman perumahan bangsa-bangsa lain. Itu menurut pakcik driver teksi yang pernah saya naiki. Bukan saya pandai-pandai buat cerita.

Orion berhenti melangkah. Dan mendongak ke langit. "Orion tak ada di langit. Kau perasan tak?". Saya angguk. Memang semasa turun dari blok tadi pun saya tidak nampak bintang tiga beradik milik Orion.

"Sebab aku di sini, bersama kau. Kesian pula pelayar-pelayar yang nak gunakan aku sebagai penanda arah."

"Err..bukan sekarang dah pakai GPS ke? Err.."

"Ha'ah ya. Tak apa. Aku ingat nak bawak kau ke atas. Mahu?"

"Serius? Boleh ke?"

"Aku cuba. Dongak ke langit. Pejamkan mata bila kau rasa titisan hujan pertama."

Saya turuti. Langit yang cerah mula kelihatan kemerahan. Awan entah dari mana. Saya lihat Orion juga mendongak. Saya rasa pipi saya ditampar lembut titis-titis kecil hujan. Saya tutup mata perlahan.

Dan saya rasa kaki saya tidak memijak tanah lagi.

6 comments

  1. nak join orion!!

  2. noh ujan tak ensem!
    toyol paling kiut

  3. @intan maisarah
    nak terbang ke langit jugak?
    err..jangan selalu berkhayal macam saya. :P

    @naddia
    kawan saya marah. dia peminat setia noh.

  4. Aku pun nak join orion juga!

  5. @natto
    first time kot kak natto komen. hehe..
    kalau ajak berkhayal pergi ke bintang memang ramai nak ikut ye? kalau macam tu kena mintak budget buat spaceship. haha..

  6. xnk naik spaceship.. nk terbang ikut orion. ada x buruj yg boleh terbang?