Saya tersekat antara dua dimensi. Dua jalan yang saya tidak tahu yang mana satu saya akan ambil. Jika kamu ingat ada poem bertajuk The Road Not Taken menengah rendah dahulu, ha, lebih kuranglah. Kadang-kadang timbul jalan-jalan lain yang menjadi opsyen saya.
Tapi saya masih buntu untuk menentukan. Takut kesalahan berulang. Takut belum sampai masa. Takut kehilangan. Tapi ada orang kata, belum cuba belum tahu.
Saya tahu ini sesuatu yang bagus, kerana saya mungkin boleh melupakan kedukaan yang lama dengan memikirkan jalan mana yang saya perlu pilih. Biarlah walaupun belum buat keputusan, memikirkannya sudah membuatkan kepala saya sibuk berfikir dan melupakan kesedihan. Tapi bagaimana jika apa yang saya fikir ini juga melibatkan kesedihan jika tersalah membuat keputusan?
Hidup, memang penuh dengan pilihan. Kan? Kalau begitu hidup ini tidak ubah seperti flowchart, barangkali. Tapi, sedar atau tidak, kita hanya pelakon yang melakonkan suatu skrip yang sudah wujud sebelum kita lahir lagi. Berserah diri dan mengimani qada dan qadar itu lebih sukar daripada sekadar hanya melafazkan dengan ulas bibir.
Semoga saya, kamu, kuat dalam menghadapi hidup di sini. Di muka bumi ini.

semoga aku pon kuat....terima kasih dengar masalah aku....~~~~
kita harus sama2 kuat z!
ehem2..haha.kalau yakin, teruskanlah langkah anda itu.tapi jgn terburu2, takkan lari gunung dikejar.semogas berjayas
btw yup.kita ini hanyalah salah satu watak di pentas dunia ini.cewah.bermadah pujangga pule.
semoga kita sama2 diberikan kekuatan untuk menempuh hari2 yang mendatang :)
:) hidup mcm roda.
hidup macam sungai yang mengalir.
kdng sungai akan menempuh batu, ikan, curam, jeram,
tapi sungai terus mengalir..
mengalir hingga ke laut
kita juga perlu begitu.
walau berat dugaan yg datang,
kita harus terus bersemangat,
untuk terus berbakti,
ingatkan kembali,
tujuan sebenar kita diberi nyawa, roh, dan akal.