"Hadirmu bagaikan bidadari. Melengkapkan langkahku yang terhenti."


Penjelasan Kelmarin


Kenapa saya merasakan bahawa perempuan yang muslimah itu adalah Singaporean, dan bukannya Johorean atau Malaysian umumnya? Kerana beberapa sebab.

Saya pernah ke Singapura tahun lalu, sebagai second photographer bidan terjun abang saya. Kawannya berkahwin dengan perempuan Singapura. Saya pernah menulis mengenai perjalanan ke Singapura, namun terhenti akibat kemalasan untuk menulis. Majlis perkahwinan itu diadakan di Geylang. Pada majlis itu saya boleh menghitung dengan jari sahaja bilangan perempuan dewasa (kanak-kanak lain ceritalah) yang berambut bebas. Tapi yang berambut bebas, pun berpakaian sopan.

Tapi saya akui ada juga masyarakat Islam Singapura yang tidak begitu.

Satu lagi perkara yang menarik perhatian saya, photographer bagi pengantin perempuan meminta izin dengan ibu pengantin untuk mengambil gambar sebelum majlis akad nikah. Saya rasa itu tidak berlaku di Malaysia, atau kurang berlaku barangkali.

Mungkin sebab sukar untuk saya dapat lihat perempuan sebegitu di tempat saya. Dan saya pula pernah melihatnya di seberang Selat Tebrau. Tengoklah bagaimana kalau ada yang bertudung pun. Yang tidak apatah lagi.

Satu lagi perkara yang agak tertarik dengan masyarakat Melayu Singapura - bahasanya. :)

3 comments

  1. perlu penjelasan yang lebih mendalam

    (tak view link yg anda kepilkan. internet slow)

  2. @intan maisarah
    penjelasan mendalam yang bagaimana? mungkin boleh kemukakan soalan?

    tidak ada apa-apa pada link berkenaan. hanya pelajar madrasah singapura yang sertai pertandingan. :)

  3. aku xpenah pegi singapore. lagi satu, mak aku kata tempat dia bersih sgt., nak jumpa sampah pn susah!