Selepas berjemaah bersolat Jumaat, aku mengusap-usap abdomen. Lapar. Arjuna perasan, lalu kami ke warung berdekatan untuk melayani nafsu masing-masing. Mengekori bersama, Katak Pisang, hanya minum-minum katanya.
Menu rutin kami pesan. Nasi ayam. Aku suka sambalnya, aku sangat setuju kesedapan nasi ayam bergantung pada kesedapan sambalnya. Aku suka. Oleh sebab itu aku jadikannya menu mingguan.
Arjuna bercerita mengenai pensyarahnya yang tidak membenarkan pelajar keluar ke tandas semasa peperiksaan. “Takut pelajar meniru”, katanya. “Kalau ada telefon genggam yang canggih-canggih, ambil lah gambar”, sambung Arjuna lagi.
Aku sambung, “kemudian Bluetooth kepada rakan-rakan dalam dewan tu, kan?”. Namun aku mempersoalkan kembali kata-kata aku tadi. “Bagaimana jika pensyarah juga mengaktifkan Bluetooth nya, dan menerima apa yang pelajar itu hantar, tanpa sengaja?”
Malaikat melintas. Perbincangan terhenti apabila Katak Pisang merungut, “panas lah air ni”.