Ahad, Julai 26

Moral hari ini : jangan gunakan trengkas

Gambar ini aku dapat dari sini. Klik pada gambar kalau gambar ini sangat kecil bagi kau. Oh ya, kau cuba klik pada skrol tetikus kau. Cuba.

Secara peribadi, setelah pertama kali membaca perbualan di atas, aku juga tidak mengerti apa yang ingin disampaikan Emily. Setelah bertungkus lumus, barulah aku faham. Dan, inilah kelemahan trengkas - kemungkinan untuk orang lain tidak faham adalah tinggi.

Trengkas, kepada yang tidak tahu, adalah penggunaan ayat yang diringkaskan. Persis ayat-ayat yang kau guna sewaktu mencetak pesanan ringkas. Aku juga biasa gunakannya untuk berbalas pesanan ringkas bersama gadis comel, tapi tak bila aku mula menulis di blog dan lain-lain.

Kasihan Emily, mungkin apa yang disampaikan kepada Skywalker berkait dengan hidup matinya, tapi Skywalker tidak memahami. Kau mahu bomba tidak memahami jika kau menghantar pesanan ringkas yang mengatakan rumah kau terbakar? Memang contoh aku tak logik, tapi imajin.

Err..kau faham tak pasal gambar di atas? Baca berulang kali.

Isnin, Julai 20

Hari pertama di Terengganu

Kami (aku, ayah serta dua orang abang) bertolak dari rumah sesudah subuh. Aku diminta mendaftar ke maktab pada hari itu. Kami naik kereta sewa. Ini pertama kali aku dalam perjalanan jauh. Aku sedikit ketakutan. Maklumlah, mabuk perjalanan jauh.

Err..sampai saja di sana, isi perut aku keluar. Sedikit. Nasib baik aku tidak pening. Aku bersama abang ke tempat pendaftaran. Dalam perpustakaan. Aku serah beberapa keping borang dan juga kaset x-ray dada ke beberapa kaunter berlainan. Langsaikan segala yuran yang diperlukan dan akhir sekali proses menyukat ukuran badan untuk baju batik.

Tiba-tiba abang aku ada ketika proses sukatan dijalankan. Usai ukur badan.
Aku tanya abang aku, dengan agak kehairanan. Aik, kan ke ibubapa takleh masuk?
Memang budak yang jaga tu cakap ibubapa takleh masuk, aku jawab lah "saya abang, bukan ibubapa". Jawab abang aku, santai.

Kami ke dewan bagi mendengar taklimat dari pengetua. Kualiti pembesar suara yang amat menyedihkan, membuatkan mata aku berlari-lari kepada wajah-wajah baru yang mungkin akan menjadi kawan baru aku. Aku rasa mata ku sudah rabun sedikit ketika itu, kerana aku gagal melihat muka pengetua yang bersungguh-sungguh itu secara jelas.

Usai majlis, aku diminta ke perjumpaan keluarga asrama. Homeroom. Pada borang pendaftaran ada tercatit O1 pada homeroom aku.
Abang aku tanya. Homerun kau O1, kan?
Ha'ah, aku jawab.
Selepas tu baru lah kami sedar, ianya adalah homeroom, bukannya homerun. Homerun hanya pada permainan baseball. Haha..

Err..sayangkan blog, tinggal-tinggalkan, boleh?

Khamis, Julai 9

Empat = 4

Aku musykil, adakah bulan Julai adalah bulan tag sedunia? Ahh..kali ini En. Kusyuk bermurah hati beberapa tangkai tag untuk aku jamu. Aku mahukan durian, mengerti?

Empat nama panggilan.
#1 Zahari
#2 Yie
#3 Rie
#4 Mat Yie. Aku rasa terlalu sedikit memanggil nama ini.

Empat tarikh penting dalam hidup.
#1 21 Mei 1989
#2 Err..September 1988
#3 Emm..April 2006.

Empat perkara yang dilakukan 30 minit yang lalu.
#1 Makan roti bersama kaya
#2 Mandi
#3 Solat
#4 Menghadap komputer riba

Empat cara untuk gembira.
#1 Berbalas pesanan ringkas (SMS)
#2 Berbual di telefon
#3 Melayari internet, lebih-lebih lagi bersosial di kumpulan.
#4 Err..bermain permainan kereta kawalan jauh, mungkin

Empat orang yang dirindui pada masa lalu.
Cuma 4? Aku rindu semua kawan, terutama dari sekolah menengah aku. Sebelum aku ke Batu Rakit.

Empat hadiah yang ingin diterima.
#1 iPhone 3G, lagi!
#2 Komputer riba baru, keluaran syarikat Steve Jobs, kalau boleh.
#3 Kamera digital, kalau ada yang ingin hadiahkan aku D90, juga boleh.
#4 Tak masuk akal, tapi aku mahu kereta. Minicar. Savvy, atau Mini Cooper.

Empat hobi kegemaran.
#1 Melayari internet, lebih tepat lagi bersosial di laman sosial atas talian.
#2 Membina masalah, dan menyelesaikan masalah kiub Rubik.
#3 Membaca, blog biasanya.
#4 Minggu ini aku tonton 2 movie, jadi aku letakkan sebagai hobi aku yang keempat.

Empat tempat percutian idaman.
#1 Singapura. Dekat tapi masih belum berpeluang.
#2 Rome. Malam tadi tonton Angels & Demons, he he.
#3 Mana-mana pulau, aku belum pernah ke pulau.
#4 Negara berpenduduk sepet, samada Jepun, Korea Selatan atau Hong Kong.

Empat minuman kegemaran.
#1 Milo tabur. Agak mahal, jadi aku tak kerap memesan minuman ini.
#2 Nescafe + Milo = Neslo. Juga agak mahal.
#3 Jagung. Bersama jagung manis.
#4 Sunquick.

Empat barang yang sentiasa berada dalam beg.
#1 Bekas pensel
#2 Pelajar kejuruteraan sentiasa perlukan kalkulator saintifik.
#3 Pad peperiksaan.
#4 Kit bebas tangan telefom genggam

Empat warna kegemaran.
#1 Hitam
#2 Ungu
#3 Merah darah ikan. Maroon orang kampung aku panggil.
#4 Kadang-kadang, jingga.

Empat yang anda sayangi.
#1 Gadis comel.
#2 Keluarga.
#3 Sahabat. Sahabat dan kawan adalah berbeza.

Empat barangan istimewa.
#1 Telefon genggam
#2 Komputer riba
#3 Dompet

Empat yang akan di tag.
Entah. Aku malas nak tujukan kepada sesiapa. Kau rajin?

Empat sebab menjawab bancian ini.
#1 Menghargai dan menjaga hati pemberi tag.
#2 Menambah entri pada blog.
#3 Memberi maklumat kepada pembaca.

Isnin, Julai 6

Menulis juga perlu mood, bukan?

Err..tak semestinya bagi tajuk di atas. Tiada mood tapi rajin menulis juga akan menghasilkan entri. Tidak seperti aku, malas. Entah berapa lama En. Mute berikan aku anugerah, persis tag. Bertambah lagi tekanan darah malas aku.

Situs adalah dari Bahasa Indonesia, yang bererti Site atau Website secara spesifiknya. Aku kenal perkataan ini ketika mengunjungi laman sawang Dewa 19. Mataku terpaut pada perkataan Situs Baladewa, salah satu pautan di halaman itu.

Nyatakan lima (5) fakta menarik tentang pemberi anugerah ini. Oh ya, aku tiada sejarah dengan En. Mute, tapi aku cuba. Bukan fakta yang menarik, mungkin.
#1 Pelajar salah sebuah institusi pengajian tinggi awam, dengan lebih spesifik di selatan semenanjung. Fakultasnya terletak tinggi.
#2 Beberapa teman dan kenalan aku adalah juga teman En. Mute. Katak pisang, Arjuna, Bai dan Dayana. Oh ya, Muzam.
#3 Punya motokar, menurut katak pisang. Tapi agak sangsi dengan model kenderaan berkenaan. Darabkan point ini dengan 3 untuk mendapatkan 2 lagi point. Hehe..

Setiap blogger mesti menyatakan sepuluh (10) fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima anugerah seterusnya.
#1 Menghidapi sindrom kegilaan terhadap iPhone 3G setelah dua kali memegang dan menyentuh skrin sesentuhnya. Kool! Err..entah berapa kali iPhone 3G diabadikan di blog ini, ya?
#2 Seboleh-bolehnya ingin melenyapkan terus perisian Microsoft dari komputer riba. Aku sudah hampir 6 bulan menggunakan sistem operasi sumber terbuka, iaitu Ubuntu.
#3 Sejak tahun lepas aku punya kiub Rubik. Setelah mengingati beberapa langkah, aku berupaya menyelesaikan kiub tersebut, err..lebih dari 3 minit.
#4 Lebih banyak bersosial di laman-laman sosial atas talian. Bukan mengirim serta menerima komen semata-mata, tapi lebih banyak berdiskusi di ruang kumpulan.
#5 Err..juga mengalami sindrom kesukaran bangun pagi. Aku inginkan kapsul ubatan untuk ini, boleh?
#6 Dulu, aku mengalamai kesukaran untuk perjalanan jauh. Aku jenis orang yang mabuk perjalanan. Ya, tapi dulu. Sekarang, sekolah pondok aku yang paling jauh daripada abang-abang aku yang lain. Kelantan dan Johor, dekat atau jauh?
#7 Mengalami kesukaran dalam memakan makanan yang pedas. Di rumah, bila ada nasi bungkus, bahagian yang aku akan buang adalah sambal.
#8 Oh ya, aku gemar juga membaca tulisan-tulisan blogger lain. Terutamanya yang berinformatif, dan unik. Mohd Ismail dan Tok Rimau adalah 2 daripada belasan blogger yang aku suka. Ini aku kira sebagai hobi aku.
#9 Aku bukan seperti lelaki-lelaki lain yang gemarkan bolasepak dalam hari-harinya. Aku tidak terlalu teruja jika kau laungkan nama Cristiano Ronaldo. Cuma aku bencikan Anelka. Haha..
#10 Yang terakhir (yay!), aku bukan seorang penggila permainan komputer. Bukan penggila, tapi masih bernafsu memegang dual shock apabila pertemuan Bayern Munich dengan Chelsea.

Anda perlu memilih sepuluh (10) penerima anugerah seterusnya dan ceritakan tentang mereka. Aku berikan anugerah ini kepada semua mata yang memandang, lagi sekali. Aku pernah buat di entri-entri sebelumnya, rasanya. Kalau kau tiada blog, buat di Facebook kau, dan tambah aku sebagai kenalan. Kau imajin jika Perniagaan Bertingkat (MLM) dijalankan sebegini sebagaimana anugerah atau tag ini, pasti untung bukan? Oh ya, aku tidak minat perniagaan yang goyang kaki sambil promosikan pautan-pautan affiliasi.